Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

Kem Motivasi d Sg Soi, Kuantan Pahang

Posted by Mr Wan Sunday, March 28, 2010

Alhamdulillah, penulis berpeluang mengikuti satu kem motivasi yg di buat di Kg Sg Soi, Kuantan sebagai Fasilitator. Kem n bermula dari 26 Mac sehingga 28 Mac 2010..


Peserta adalah pelajar-pelajar anak-anak kg Sg Soi dan Kg Pahang yang akan menduduki UPSR, PMR dan SPM..matlamat kem ini adalah memberikan kesedaran kepada anak-anak ini supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan berubah menjadi anak-anak yang soleh kepada ibubapa masing-masing..


Terima kasih kepada seluruh penduduk kg yang menbantu kami serta salam kasih sayang abang-abang dan kakak -kakak fasilitator kepada adik-adik yang berjaya mengharungi kem ini sehingga ke penamatnya..Namun, abang nak bgtau pada adik-adik disini, ini adalah permulaan pertemuan kita, tetapi bukan bermakna habisnya kem ini maka tamat sudah perhubungan kita..adik2 adalah permata Agama dan harapan keluarga..


mengalir air mata aku melihat mereka ini menangis, menyesali akan segala dosa-dosa yang mereka pernah lakukan sewaktu sesi muhasabah. betapa beruntungnya adik-adik Allah hadirkan abang-abang dan kakak-kakak fasi untuk sedarkan adik-adik, sehinggakan diriku berfikir sejenak " sudikah Allah hadirkan insan yang akan sedarkan diriku andai aku lakukan dosa-dosa nanti??"


Mesej yang abang2 dan kakak2 ingin sampaikan pada adik2 adalah jelas, adik-adik tidak dikira berjaya walaupun Exam mendapat straight A dalam semua subjek andai adik-adik:

1-tidak solat
2-melawan cakap mak ayah
3-tidak berdoa mohon Allah ampunkan dosa-dosa mak ayah

Nasihat abang:
1-berubahlah adik-adik agar rasa malu kerana tidak solat
2-cantikkan pakaian adik2 dengan menutup aurat..adik-adik sangat cantik dan manis jika aurat adik2 tidak ditunjukkan kepada sesiapa..
3-berjumpalah dengan ustaz dan ustazah untuk bertanya tentang Islam
4-minta mak ayah beri peluang kepada adik2 untuk belajar ilmu fardu ain di kelas2 agama.
5-Jadikan Masjid tempat adik2 berjumpa dan pastikan solat berjamaah 5 waktu di masjid menjadi keseronokan

ini sedikit gambar yg sempat di ambil..





Barisan fasilitator




Game sewaktu riadah




peserta muslimin





peserta muslimat





wajah-wajah yang ceria

0 comments

Post a Comment

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"