Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

Inilah Syaitan

Posted by Mr Wan Friday, March 26, 2010

Allah berfirman

“ Iblis menjawab : “ kerana Engkau Telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur ( taat)”. (Al-A’raf: 16-17)

Semenjak diusir dari syurga, syaitan dan konco-konconya telah mengikrarkan diri akan menggoda dan membisikkan manusia ke jalan kesesatan, mereka dengan tegas mengatakan secara sungguh-sungguh bahawa mereka akan melakukan usaha jahat tersebut. Hal tersebut tampak jelas melalui ungkapan mereka didalam ayat di atas dengan menggunakan kata Taukid (penekanan) dengan menggunakan lam taukid dan nun taukid, seperti kalimah la aq’udanna (saya bersungguh-sungguh akan menghalangi), laa tiyanna ( saya sungguh-sungguh akan mendatangi mereka)

Ayat tersebut adalah salah satu pengkisahan tentang sumpah syaitan untuk menyesatkan manusia. Banyak lagi ayat-ayat lain yang menyebutkan tentang sumpah syaitan untuk menyesatkan manusia. Mereka tidak akan berhenti dari upaya untuk menyesatkan manusia, sebagai melunaskan dendam mereka atas Nabi Allah Adam a.s yang menurut syaitan, menjadi penyebab mereka diusir oleh Allah dari syurga. Padahal pengusiran tersebut adalah kerana kesombongan diri syaitan itu dan keengganannya untuk patuh pada suruhan Allah.

Syaitan bertekad akan mendatangi manusia dari pelbagai arah; depan, belakang, kanan dan kiri manusia, sehingga mereka mampu menyimpangkan dan menyesatkan manusia. Mereka juga hadir dengan cara yang zahir dan batin, maksiat dan ketaatan, dan berbagai cara lainnya. Sehingga manusia tidak memiliki celah kecuali ada syaitan yang terus mengintai dan menghalangi mereka untuk disimpangkan. Jka dalam perbuatan zahir manusia dapat selamat, boleh jadi secara batin manusia tidak mampu mengelaknya. Jika mampu mengelaknya, syaitan akan datang menyesatkan mereka dari segi ketaatan yang mereka lakukan.

Dr Musthafa As-Siba’I rahimullah berkata:

Saya tidak khuatir diriku digoda oleh syaitan melalui maksiat secara terbuka, akan tetapi saya khuatir syaitan datang kepadaku dengan membawa maksiat yang dibungkus dengan baju ketaatan. Oleh yang demikian, berhati-hatilah. Jika syaitan tidak dapat menyesatkan kita untuk meninggalkan solat, Dia akan datang dalam bentuk menyuruh kita berbanyak melakukan solat agar kta rasa kagum dan takjub dengan diri kita sendiri hingga lahirlah perasaan riyak. Atau syaitan akan datang untuk menyuruh kita berlebih-lebihan dan bersungguh-sungguh sehingga lahirlah penyakit was-was dan penyakit ragu-ragu yang melampaui batas.

Jika ia melihat ajakan kepada pergaulan bebas berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan itu tidak berkesan, maka syaitan akan menyalutkan pergaulan itu dengan kebaikan yang dinamakan belajar berkumpulan, perbincangan dan sebagainya. Jika ia melihat maksiat dan kemungkaran itu tidak dapat mempengaruhi sesuatu kelompok masyarakat, maka syaitan akan menyalut, membungkus dan menghiaskan kemaksiatan itu dengan nama amal seperti konsert amal, nyayian amal dan segala jenis bentuk amal serta bertujuan kebajikan..

Syaitan sangat halus menyesat dan membisikkan tipu dayanya kepada manusia. Dan setelah berhasil menyesatkan manusia didunia ini, syaitan akan berlepas tangan di akhirat kelak, sehingga manusia sendiri yang akan menyesali perbuatan mereka atas kesesatan yang mereka lakukan di atas kejahilan mereka sendiri.

“ dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “ sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pula telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyerukamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi sercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun tidak sekali-kali dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu” sesungguhnya orang-orang zalim itu mendapat siksaan yang pedih”

(Ibrahim : 22)

0 comments

Post a Comment

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"