Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

Berdakwah Berjamaah-suatu Kewajipan Muslim

Posted by Mr Wan Sunday, March 21, 2010




“Dalam periode ini, Da’i perlu memperhatikan masalah ‘amal, bagaimana caranya memulai kehidupan menurut Islam dan menegakkan Hukum Islam di kalangan masyarakat. Da’i harus yakin, bahawa tugas ini adalah tugas keagamaan, yang hukumnya wajib. Dan memulai kehidupan yang seperti ini, tentulah memerlukan adanya suatu jama’ah, yang mengadakan suatu GERAKAN yang teratur yang disinari oleh cahaya Islam. Untuk meneliti hal ini, Da’i perlu memperhatikan hal-hal yang berikut:

Da’wah Rasulullah merupakan suatu Gerakan:

Sebagai landasan yang menguatkan perlunya membentuk suatu Gerakan ialah praktik Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bagaimana caranya baginda dahulu membentuk suatu Negara Islam. (Daulah Islamiyyah). Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidaklah berpegang pada cara bekerja secara individu. Semenjak hari pertama dari Da’wahnya, Rasulullah begitu mementingkan terbentuknya suatu GERAKAN yang teratur. Untuk kepentingan itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lebih dahulu memilih tenaga-tenaga teras, untuk dijadikan suatu daya pendorong dalam pelayaran kapal Islam. Tidak lama kemudian ternyata kapal Islam itu penuh sesak dengan penumpang yang datang dari seluruh penjuru dunia ini. Beritanya memenuhi mata telinga dan hati dunia. Demikianlah usaha Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam selama baginda berda’wah di Mekah.

‘Amal Jama’i adalah kewajiban Agama

Dari keterangan yang tersebut di atas, dapatlah ditegaskan, bahawa bekerja sama untuk menegakkan ajaran Islam, itu merupakan tugas keagamaan. Kita wajib memulai kehidupan menurut Islam. Dan kewajiban ini tidak dapat dilaksanakan tanpa membentuk suatu JAMA’AH (Organisasi). Oleh yang demikian membentuk JAMA’AH untuk memulai gerakan Islam juga hukumnya menjadi wajib . Dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam begitu banyak perintah supaya kaum Muslimin bersatu, tolong-menolong, dan tegak dalam satu barisan. Kita mulai dengan Ayat-ayat Al-Qur’an:

“Hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan,
menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan mereka
itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali-’Imran: ayat 104)



“Kamu adalah ummat yang terbaik, yang dilahirkan untuk ummat manusia; kamu
menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan kamu
beriman kepadaAllah.”
(Surah Ali-’Imran: ayat 110)



“Kenapa tidak pergi suatu kelompok yang kecil dari tiap-tiap golongan yang besar di
antara kamu, untuk memperdalam pengetahuannya tentang agama, dan untuk memberi
peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepada kawannya itu, agar
supaya kaumnya itu dapat menjaga dirinya.”
(Surah Al-Taubah: ayat 122)


Dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun ‘alaihimassalam:


“Allah berfirman: “Kami akan membantu engkau dengan mengutus saudaramu, dan
Kami akan memberikan kepada kamu berdua kekuasaan yang besar, sehingga mereka,
Fir’aun dan pengikutnya, tidak akan dapat menganiaya kamu berdua. Berangkatlah
kamu berdua dengan membawa mu’jizat-mu’jizat Kami. Kamu berdua dan orang-orang
yang mengikuti kamu, itulah yang akan menang.”
(Surah Al-Qasas: ayat 35)


“Dan tolong-menolonglah kamu untuk mengejakan kebaikan dan ketaqwaan....”
(Surah Al-Ma’idah: ayat 2)


Dan dalam himpunan Hadith di antaranya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:


“Hendaklah kamu berada dalam JAMA’AH: kerana sesungguhnya jama’ah itu adalah
rahmat, sedang perpecahan itu merupakan siksa.”
(Hadith Riwayat Muslim)



“Barangsiapa yang memecah belah, maka ia tidak termasuk golongan kami. Rahmat
Allah berada bersama-sama dengan JAMA’AH sesungguhnya serigala hanya mahu
memakan kambing yang menyendiri.”
(Hadith Riwayat Tabrani)


‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Hendaklah engkau berada bersama-sama
dengan jema’ah kaum Muslimin dan Imam mereka.” Hudzaifah bertanya:
“Bagaimana, ya RasuluLlah, kalau tidak ada Jema’ah dan tidak ada Imam mereka?”
Rasulullah Sallalahu ‘alaihi Wasallam menjawab: “Hendaklah engkau berada bersamasama
dengan mereka, walaupun engkau harus menggigit pohon korma, sampai akhirnya
engkau dijemput oleh maut dala’m keadaan yang demikian.”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri dari jema’ah kaum Muslimin,
maka bererti ia mati sebagai mati Jahiliyyah.”
(Hadith Riwayat Muslim)


TANZIM - BAI’AH - KEPIMPINAN

Ada suatu segi lain, yang dapat juga dinilai sebagai alasan tentang perlunya membentuk TA NZIM HARAKI untuk ‘amal Islam iaitu bahawa dalam Islam setiap pekerjaan mesti diatur. Tuntutan ini mesti dilaksanakan, dan tidak boleh ditinggalkan. Dan untuk mengerjakan setiap pekerjaan yang teratur, tentulah memerlukan pimpinan yang dita’ati dengan baik. Mengenai hal ini terdapat ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith-hadith yang banyak sekali, yang kesemuanya mewajibkan supaya kaum Muslimin mengangkat seorang pemimpin dan supaya semua anggota masyarakat patuh kepada pemimpin, demi menjaga kesatuan derap langkah, teraturnya barisan dan terpimpinnya Jema’ah. Dengan mudah dapat dimengerti, bahawa anjuran untuk mengangkat seorang PEMIMPIN itu secara tidak langsung sudah merupakan perintah supaya membentuk. JAMA’AH yang akan dipimpin.

Dan inilah yang digambarkan dalam sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam:

“Jika kamu berkumpul sampai tiga orang, maka hendaklah kamu mengangkat salah
seorang di antaramu sebagai pemimpin.

‘Barangsiapa yang menanggalkan tangannya dari kepatuhan kepada pemimpin, maka ia
akan menemui Allah pada Hari Qiamat dalam keadaan tidak ada alasan, yang akan
membelanya dari siksa Allah. Dan barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak ada
terbelit di lehernya suatu iqrar kepatuhan kepada pemimpin, maka ia akan mati sebagai
mati Jahiliyyah.”

Tujuan Islam yang Agung mewajibkan adanya TANZIM HARAKI Akhirnya, Da’i perlu menerangkan kepada mad’unya bahawa memulai kehidupan menurut Islam dan membentuk masyarakat Islam itulah tujuan Da’wah. Dan tujuan itu, tidaklah akan dapat dicapai kalau hanya dengan mengadakan pengajian-pengajian sahaja atau hanya dengan menggerakkan lidah untuk berbicara dan pena untuk menulis.... Usaha itu memerlukan banyak perlengkapan, berupa ilmu pengetahun sebagai tuntunan, dan keperluan kebendaan sebagai modal. Perbekalan yang mencakupi teori dan ‘amali serta kesenian dan ketertiban yang perlu dipersiapkan mencapai tujuan yang agung itu Islam adalah Agama Da’wah, seruan untuk merombak dan membangun!

Islam berusaha meruntuhkan masyarakat Jahiliyyah keseluruhannya, dan membangun masyarakat Islam sebagai gantinya! Dan pekerjaan merombak ini memerlukan waktu dan tenaga yang segar! Tugas-tugas dan beban yang berat ini tidak dapat dipikul oleh beberapa individu-individu saja Malahan tugas yang berat itu tidak akan dapat dipikul dengan tenaga yang besar.... kecuali dengan mengatur barisan, menyusun suatu gerakan, yang merupakan gelanggang perjuangan....!

Di samping itu para Da’i perlu mengingati bahawa jalan untuk menegakkan ajaran Islam itu penuh bertaburan dengan duri-duri, berpagar dengan bermacam-macam bahaya... Ancaman yang menggangu perjalanan itu terlalu banyak. Kekuatan-kekuatan yang mengintip gerak-geri Islam dan pemeluknya itu sangat besar.,..! Dan masalah-masalah yang ditinggalkan oleh Kebudayaan dan pengaruh kebenaran itu memerlukan tenaga, perjuangan yang besar, yang akan dapat bergerak di segala pelusuk....!

Kesemuanya ini mewajibkan terbentuknya suatu TANZIM HARAKI. Dan gerakan itu mewajibkan kepada setiap orang yang beriman, dan mengaku bahawa Islam adalah pedoman hidupnya , supaya dia turut serta menjadi inti dalam TANZIM ini, turut menjadi penyokong dan mengajak orang lain untuk turut bernaung di bawah panji-panji Islam... dan seterusnya berusaha mengukuhkan kedudukan Islam di bumi ini, dan meningkatkan serta menyuburkan dan menyebarkan ajaran-ajaran Islam di kalangan masyarakat...!

rujukan : Bagaimana Menyeru Kepada Islam- Fathi Yakan

0 comments

Post a Comment

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"