pertemuan Saifulislam & Mr Wan

Posted by Mr Wan Friday, April 2, 2010



kenangan penulis bersama Saifulislam.com

Alhamdulillah , hari ini tanggal 2 Aprill 2010, Jumaat penulis berpeluang untuk berada dalam sebuah majlis ilmu yang sangat hebat. Majlis ilmu yang amat rugi bagi mereka yang tiada halangan untuk hadir melainkan dengan tidur dan berfacebook semata-mata di bilik masing-masing. Suntikan motivasi ini disampaikan oleh ust. Hasrizal atau lebih dikenali dengan panggilan SaifulIslam.com yang bertajuk “ hikmah First Thing First & Fiqh Aulawiyyat- Pengurusan masa secara efektif ” bertempat di Masjid Universiti Malaysia Pahang.. seorang ustaz muda yang sangat banyak pengalamannya dikongsikan bersama pembaca melalui laman blog beliau.

“demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta pesan memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran” Al-Asr..Ustaz memulakan ceramah beliau sekitar jam 2.15 pm.

“ ada orang apabila datang ke UMP, mereka mencari gelifriend dan buayafriend..dan ada orang mereka datang ke UMP memang semata-mata untuk menuntut ilmu…” geli hatiku dengan term yang ustaz gunakan.. “ada orang datang ke UMP dapat pahala dan ada orang datang ke UMP dapat dosa” ustaz meneruskan lagi kata-katanya… “soalnya disini salah UMP kah mereka jadi begini, Atau salah manusia itu?”..ustaz melontarkan persoalan untuk kami berfikir.. benar apa yang ustaz persoalkan disini. Ramai mahasiswa UMP telah menjadikan agenda mencari pasangan (suka-suka @ berhibur, mencari duit tambahan ( apa jenis perniagaan) dan segala jenis bentuk yang selain belajar sebagai agenda yang utama daripada belajar.

Di dalam ceramah beliau ini, ustaz hasrizal membawa pemikiran pendengar supaya menyedari hakikat asal kita. Di Alam roh, Allah bertanya kepada para roh siapakah Aku?..maka para roh menjawab Engkau adalah Allah tuhan sekalian alam dan kami adalah hambaMu. Setelah itu, apabila kita dilahirkan didunia kita hampir kesemua dari kita akan menangis. Menangis bukan kerana sakit, tetapi menangis kerana amat sedih meninggalkan alam Rahim ( alam kasih sayang) . Alam roh yaitu alam dimana kita berasal dari Allah amat berkait rapat dengan keadaan kita didunia andai kita memilih jalan yang menghampiri Allah atau menjauhi Allah. Mengapa kita rasa resah gelisah, tidak tenteram seakan-akan ada sesuatu yang meruntum hati kita apabila kita tidak solat, tidak membaca Al-quran, menjauhi masjid, menjauhi majlis-majlis ilmu dan sebagainya? Kerana kita telah lari dari fitrah manusia itu sendiri. Kita berasal dari Allah, sebab itu andai kita perbanyakkan ibadat yang menghampirkan diri kita pada Allah kita akan lebih tenteram dan damai. Berlawanan andai kita menjauhi perkara-perkara yang menjauhi Allah. Contoh seterusnya, mengapa kita merasa nyaman dan tenteram apabila bersama dengan mak atau ibu kita? Kerana kita berasal dari Rahim emak..Emak yang mengandungkan kita selama 9 bulan..maka sebab itu kita merasa nyaman dan tenteram bila bersama ibu.. hilang sudah keserabutan yang menyerang benak sanubari kita. Inilah hakikat asal kejadian kita.


“apabila kita mati kemudian dibangkitkan kembali, kita akan bertemu dengan Nabi Muhammad, Saidina Abu Bakr, Saidina Ali, Siti Khadijah..dan ramai lagi andai kita ke syurga. Mereka ini orang –orang yang hebat ketika didunia dulu. Diuji dengan pelbagai ujian. Persoalannya, layakkah kita berjiran dengan mereka di syurga nanti?” terkedu aku menengar persoalan usazt kali ini. Ya..layakkah kita menjadi jiran kepada orang-orang yang hebat ini?..soalan yang tak mampu untuk saya menjawabnya. “ menjadi orang yang hebat bukan satu pilihan tetapi suatu kemestian kerana syurga dihuni oleh orang-orang yang hebat” sekali lagi saya terpukul dengan kata-kata ust Hasrizal. Benar, seorang pendakwah ditambah pula kita selaku Mahasiswa perlulah hebat baik dari segi ibadah tetapi juga sumbangan bakti kita kepada Islam. Hatta jika kita perlu korbankan nyawa sekalipun namun jika ia demi Islam..demi Allah kita wajib melakukannya..

“syurga dihuni oleh orang-orang yang hebat”..hmm...

2 comments

  1. Tahniah....

     
  2. Tahniah yer.Mge pertemuan dengan orang alim sentiasa diberikan peluang olehNya..

     

Post a Comment

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"