Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

KUASA vs PENGARUH

Posted by Mr Wan Monday, January 4, 2010

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini

Di UMP khususnya, dakwah kita kepada warga UMP akan terbantut dan gagal, kerana kebergantungan kita kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Kita kadang kala terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan.

Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!

SIRAH PENGARUH DAN KUASA

Lihat sahaja sirah Baginda SAW semasa di Mekah. Ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya.

Malah Muhammad SAW yang tidak berjawatan itu, menggelisahkan seluruh pembesar Mekah yang ada jawatan dan kuasa. Kepimpinan dengan pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan.

Kerana itu, Madinah terus memacu kejayaan, apabila kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan dengan kuasa dan kedudukan!

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.

“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”

Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang individu Muslim yang cemerlang.

PENGARUH DAN PENDAKWAH

Tetapi soal pengaruh di sini, paling penting untuk difikirkan oleh kita warga pendakwah UMP. Apakah kita bergantung kepada status, gelaran dan jawatan, institusi dan aliran untuk mengawal masyarakat? Jika kita malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri, dan berhubung dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka kita adalah pemimpin yang paling lemah.

Ingin saya tegaskan disini kepada sahabat-sahabat yang saya sayangi sekelian, Kita mesti berani untuk bersama dengan masyarakat.. Tak sudah dan tak kemana mesej dakwah kita jika kita hanya terkurung dalam lingkup kita sahaja..kita mesti mengurungkan diri kita bersama orang lain supaya kita memimpin orang lain dengan Islam..bukannya kita dipimpin..

“Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi”.

kepada pimpinan persatuan, kelab dan kepimpinan MPP UMP

Kepada barisan kepimpinan UMP, anda semua perlu mengatur sesuatu untuk mengubah keadaan anda..Anda perlu menunjukkan contoh yang terpuji sesuai dengan jawatan yang Allah amanahkan selaku pemimpin mahasiswa..Pemimpin akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dipimpinnya..pimpinlah pengikut anda masing-masing supaya mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan kelak di akhirat nanti, kita menyesal dan mengazab diri kita kerana memimpin pengikut kita ke jalan maksiat. laksanakan program-program yang membina sahsiah dan akhlak ahli masing-masing..jangan campur adukkan perkara yang halal dan haram seperti:

1-percampuran lelaki dan perempuan dalam aktiviti jasmani

2-mengadakan program-program berbentuk hiburan yang menonjolkan wanita di khalayak umum

3-tidak bertegas dalam disiplin berpakaian (pemimpin akan di tanya Allah apa usaha anda supaya pengikut tidak mendedahkan aurat)

oleh itu, marilah kita semua memperingatkan diri masing-masing dan orang lain agar sama-sama menyokong dan berusaha untuk mengekalkan suasana UMP yang kita sayangi ini agar sentiasa dalam keredhaan Allah..jangan apabila Allah timpakan bala, ketika itu barulah kita sedari dan menyesali dengan apa yang telah lakukan sebelum ini..


2 comments

  1. Assalamualaikum bro

    I'd agree to all of ur argument that we need to keep our beloved UMP with bi'ah Solehah and Islam as the way of life.I could'nt disagree anymore.

    Neway,the most crucial part is to get a numbers of young people esp in UMP,to get their overview based on Islam Moderate and keep their entitled as leader for all races ijn UMP. Future young leader esp the Muslim group need to be prepared for future challenged,resistant for all isues and handled wif care.UMP is goin to increase the numbers of student n etc.

    We need such a good quality of young leadership,matured and moderate in every action.
    Sad to say,UMP is lack of it.

    Mahasiswa Peduli

     
  2. mohad Says:
  3. cantik blog ni...

     

Post a Comment

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"