Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

BerSUCI

Posted by Mr Wan Wednesday, February 9, 2011 1 comments

Erti suci

Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam bentuk hissiah iaitu yang boleh dirasa seperti najis atau ma’nawiyyah seperti perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji

Istilah Syarak

Bersuci mengikut syarak pula ialah perbuatan yang apabila dilakukan, ia menyebabkan Ibadat yang dilakukan sah mengikut hukumnya. Seperti contoh, jika orang nak dirikan solat maka hendaklah dibersihkan najis pada pakaian, badan dan tempat sujud.

Islam Mengambil Berat perkara Kebersihan

Berdasarkan dalil Allah dalam surah al- Maaidah ayat ke 6:

“wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu ingin mendirikan sembahyang, maka basuhlah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu sehingga ke siku, dan sapulah kepala-kepala kamu dan kaki-kaki kamu sehingga ke dua buku lali”

Allah berfirman lagi , Al-Baqarah(222)

“ Sesungguhnya Allah kasih kepada orang suka bertaubat dan kasih kepada orang yang suka bersuci”

Bersihkah Kita?

Mengambil daripada pengajaran dan teguran Allah didalam ayat tadi, persoalan kebersihan diri perlu di fikirkan. Kebersihan dan kesucian merupakan setem bagi kita poskan penilaian iabdat kita didunia ini kepada Allah s.w.t. Tanpa setem ini, mana mungkin surat kita dapat dihantar oleh posmen yang ditugaskan menghantar surat ke destinasi ini. Itulah yang perlu kita sama-sama fikirkan…

1-bersihkah hati kita?

2-bersihkah mata,telinga dan otak kita?

3-Bersih dan sucikah makanan yang masuk kedalam badan kita?

4-Bersihkah wang yang kita peroleh?

5-Sucikah pemerintahan yang memerintah Negara daripada perkara-perkara yang kotor?

Bagaimana nak sucikan?

Islam sebagai agama yang mengajar dan menyuruh ummatnya memastikan kebersihan sentiasa di utamakan sudah pasti didatangkan untuk membersihkan segala bentuk kotoran. Jahiliyah, Zina, Rasuah, Riba dan sebagainya…semua itu di bersihkan kembali oleh Islam.

1. Islam membersihkan pemikiran, akhlak dan cara hidup

2. Islam membersihkan perniagaan daripada Riba

3. Islam membersihkan wanita dan lelaki dengan mensyariatkan perkahwinan sekaligus mengangkat maruah dan kesucian wanita daripada perkara-perkara zina

4. Islam menyediakan undang-undangNya bagi mengengkang barah Rasuah

5. Islam…membersihkan semuanya…

Tinggal kini persoalannya…bagaimana ingin membersihkan kembali Hati kita yang telah berkarat ini dan kotor ini??..

| edit post

Amalan Nisfu Syaaban..??

Posted by Mr Wan Monday, July 26, 2010 0 comments

baca_yasin_thumb

Maaf kerana artikel ini lambat dipost tapi saya merasakan artikel ini sangat berguna buat pembaca-pembaca sekalian,walaupun bukan untuk nisfu sya’ban kali ini tapi untuk pada kali-kali yang mendatang.Pabila tiba 15 Sya’ban,orang melayu khususnya akan membuat bacaan Surah Yasin sebanyak 3 kali dan akan memanjat doa untuk dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan diselamatkan di dunia dan di akhirat.Semasa di sekolah menengah rendah dahulu, senior yang mengepalai bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya’ban itu memulakan bacaan dengan sedikit pesanan,katanya, “sebenarnya tiada hadis yang menyuruh kita baca Yasin 3 kali semasa malam nisfu sya’ban,cuma sudah jadi adat orang melayu membacanya dan disebabkan perkara ini perkara baik,maka kita ikuti.Cuma perlu ingat bahawa tiada sebarang hadis yang menyeru kita membaca Yasin di malam Nisfu Sya’ban.”

Ketika itu,saya masih kecil dan tidak tahu apa-apa tentang ini.Tambahan pula,inilah pertama kali saya mendengar perkataan Nisfu Sya’ban.Maka, saya mengkaji perkara ini daripada beberapa laman web dan alhamdulillah,saya dapati satu kesimpulan yang berselari dengan setiap laman web yang saya kaji.

Konklusinya,semua hadis tentang kelebihan dan amalan-amalan khas Nisfu Sya’ban direka-reka dan disandarkan kepada Rasulullah.Tiada sebarang hadis yang khusus tentangnya,kalau ada pun,hadis itu hanya berstatus Hassan.

Mengikut Ulama’ sekarang,Prof.Yusof Al-Qardhawi, “‘Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya”. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Jadi jelas kepada kita bahawa bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya’ban tidak bertepatan dengan Islam.Namun,jika kita membaca kerana ingin menghidupkan malam kita,maksud saya,seperti malam-malam kebiasaan dan tidak berfokus kerana malam itu malam Nisfu Sya’ban,dibenarkan. Seperti kata-kata Al-Qardhawi dalam fatwanya, “‘Di dalam kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata.”

Kenapa timbul bacaan Yasin 3 kali?Maaf,saya telah usaha mencarinya namun tidak jumpa.

Bagaimana pula dengan Puasa Sunat Nisfu Sya’ban?

Seperti fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Qardhawi di atas,jika anda niat puasa esok itu kerana esok Nisfu Sya’ban,maka puasa anda itu tidak sah di sisi syarak tapi kalau anda puasa esok itu kerana ingin memperbanyakkan ibadah di bulan Sya’ban,dibenarkan.Seperti kata-kata Al-Qardhawi di atas, kita tidak boleh menentukan hari yang khusus untuk berpuasa,jadi amalan puasa sunat Nisfu Sya’ban adalah amalan yang bercanggah dengan syarak. Tambahan pula,tiada satu pun hadis yang sahih didapati tentang puasa sunat Nisfu Sya’ban.Cuma,diingatkan bahawa tidak salah untuk puasa di bulan Sya’ban dengan niat untuk memperbanyakkan amalan di bulan Sya’ban kerana Rasulullah sendiri menyeru umatnya berpuasa di bulan Rejab dan Sya’ban.

Mengapa boleh timbul puasa sunat Nisfu Sya’ban?

Daripada satu hadis yang menyatakan Rasulullah ada berkata, “aku suka ditutup buku ku dalam keadaan aku berpuasa.”Maka daripada hadis ini timbullah puasa sunat Nisfu Sya’ban.Namun,sumber hadis ini tidak diketahui daripada mana.

Dipercayai fadhilat-fadhilat Nisfu Sya’ban ini timbul dengan satu tujuan sahaja iaitu mengajak kita semua untuk beramal lebih pada malam Nisfu Sya’ban. Mana tidaknya,cuba perhatikan Mat Rempit yang bermaharaja lela di atas jalan raya pun turun ke surau membaca Yasin 3 kali, meminta nyawa mereka dipanjangkan pada malam Nisfu Sya’ban.Inilah kebaikannya.Keburukannya apabila fahaman-fahaman bahawa Rasulullah ada mengistimewakan malam Nisfu Sya’ban ini timbul dan terus turun ke generasi bawahan yang mana lebih tepat,menjadi tradisi dan bukan lagi agama. Ketahuilah bahawa soal pahala,dosa,syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah,hatta Rasulullah sendiri tidak boleh menjanjikan apa-apa kepada para sahabat sehingga diberitahu Allah,inikan pula kita insan yang dhaif.

Hentikan sebarang penyebaran fadhilat Nisfu Sya’ban,ingatlah hadis sahih Rasulullah yang berbunyi, “sesiapa yang melakukan pembohongan terhadap ku,bersedialah ke neraka.“Maksud pembohongan kepada Rasulullah ialah menyampaikan apa-apa yang tidak disampaikan oleh Rasulullah tetapi menyandarkan ia kepada Rasulullah.

Tetapi,sekali lagi saya ingatkan,jangan hentikan amalan-amalan baik yang sedang anda lakukan cuma perbetulkan niat kita supaya apa yang kita buat bertepatan dengan kaedah Rasulullah.Ingat,tiada amalan yang akan diterima oleh Allah melainkan amalan yang dilakukan seperti amalan Rasulullah.


*artikel ini di ambil dari blog

:http://azzariyat.com/nisfu-syabanamalan-yang-bukan-amalan/

| edit post

Berita Yang menarik

Posted by Mr Wan Thursday, April 8, 2010 1 comments

Pasangan berzina ditelanjangkan di Aceh- Kosmo online

BANDA ACEH - Satu pasangan Indonesia yang ditangkap kerana melakukan persetubuhan di luar nikah diarak dalam keadaan berbogel di sebuah kampung sebelum dibelasah penduduk yang marah dan kini berdepan dihukum rotan, kata seorang pegawai pemerintah semalam.

Pasangan itu yang dikenali sebagai Bus, guru berusia 36 tahun dan pasangannya, Yus, 28, seorang suri rumah ditangkap kelmarin kerana didapati berzina di Aceh yang melaksanakan hukum Syariah.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita tersebut dan mendapati pasangan itu tinggal bersama sebelum membawa mereka keluar sebelum diarak dalam keadaan bogel," kata seorang pegawai polis syariah daerah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

Pasangan tersebut kemudian diikat di sebuah pondok pengawal dan penduduk yang amat marah kemudian bertindak memukul kedua-dua mereka itu dengan batang kayu dan tangan sehingga hampir nazak.

Teuku Abdurrazak berkata, jika pihak polis lambat tiba, pasangan tersebut kemungkinan akan mati dan bakal dirotan sebanyak sembilan kali. - AFP


berita ini di ambil dari akhbar kosmo online bertarikh 9 Aprill 2010. apa yang menyebabkan saya tertarik dengan berita ini adalah betapa hebatnya tahap kesedaran masyarakat di Acheh berkaitan hinanya seseorang manusia yang melakukan penzinaan. Suasana ini saya kira menggambarkan kepada kita bahawa sangat ramai umat Islam disana yang benar-benar sedar dan insaf untuk kembali kepada Islam yang berpaksikan kepada kawalan undang-undang Islam..Alhamdulillah, ada hikmahnya Allah hantar Tsunami kepada mereka..Allah sayangkan mereka sebenarnya

Bagi mereka yang menggambarkan didalam fikiran bahawa "ganasnya" orang Islam menghukum, saya fikir suatu kesilapan kepada mereka yang menghukum sebegitu. Perlulah dikaji dan difahami mengapa Islam mempunyai Undang-undang hudud dan kisas bagi mengawal manusia daripada terlanjur atau memberikan keinsafan dan kesedaran kepada orang lain daripada melakukan kejahatan.

Sudah menjadi fitrah manusia, manusia sukakan melakukan perkara-perkara yang disukai nafsu. manusia memiliki nafsu "hitam" dan "putih". andai tiada syariat yang menjaga manusia dari melakukan mungkar, pastinya nafsu Hitam akan bermaharajalela.

Diri saya sendiri, saya suka jika tidak solat, seronok dapat bergelak tawa dan menari bersama perempuan, mencuri, menipu..dan pelbagai lagi..yah!..memang seronok..menipu jika saya tidak seronok melakukan semua itu..siapa yang nak sembahyang??..baca Quran?? berpuasa??..ish, penatlah...

Namun, kerana saya sedar saya ini adalah hamba kepada pencipta yang menciptakan saya..Dia Allah pencipta kita semua..Allah benci dan murka kepada perkara-perkara yang saya sukakan tadi..lalu, kerana Allah lebih utama dari segalanya..maka dengan rela hati, solat, puasa, zakat, akhlak yang baik, berdakwah...semua itu dilakukan kerana hanya dengan cara ini Allah redha diriku menjadi hambanya..kerana Allah tak nak kita semua tersasar dari redhaNya, sebab itu Allah tetapkan HUKUM HUDUD (HUKUM ALLAH) bukan HUKUM LORD REID menjadi pengawal kita di dunia ini..hebat bukan??...Allah sangat sayangkan KITA bukan??..fikirkanlah

Mr Wan:

"ramai penzina, kemungkaran ada di Malaysia ni...PM takutkan Allah ke, takutkan "MANUSIA" ye??? hmmm..gunakanlah undang-undang yang Allah suka..

| edit post

Bestnye bercouple..

Posted by Mr Wan Tuesday, April 6, 2010 0 comments



wahai pemuda pemudi Islam yang sedang mabuk bercinta,..yang asyik bercouple..
Kalau tidak faham juga akan maksud tersirat gambar ini..tak ada lagi kata-kata yang sesuai nak disampaikan kepada kalian


| edit post


Oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Di sini, kami tidak lupa untuk menambah beberapa panduan dan batasan yang perlu diambil kira sehingga nyanyian kekal dalam hukum halal. Antaranya:


1-Lirik lagu hendaklah bebas dari segala penyelewengan syariat

Kami tegaskan di sini bahawa bukan semua nyanyian hukumnya harus. Nyanyian yang harus hendaklah mempunyai tema yang bertepatan dengan ajaran Islam, tidak bercanggah dengan aqidah, syariat mahupun akhlak Islam.

Oleh itu kita tidak dibenarkan untuk menyanyi syair Abu Nuwwas yang menyebut:


Biarkanlah celaanku, kerana celaan adalah satu godaan,

Berikanlah aku penawar dari punca kesakitan itu sendiri.


Juga tidak boleh dinyanyikan kata-kata Syauqi:


Ramadhan berlalu, maka datangkanlah ia wahai penuang-penuang arak

Jiwa yang rindu ingin segera bertemu dengan kerinduannya


Ini kerana syair di atas jelas menyeru kepada arak yang dianggap oleh Islam sebagai ibu segala maksiat.


Lebih membahayakan lagi, kata-kata Iliyaa’ Abu Madhi yang bekata dalam satu qasidahnya yang bertajuk at-Tolaasim (mentera atau jampi serapah):


Aku tak mengetahui dari mana asalku, tetapi aku tetap datang!

Aku melihat langkah mereka yang terdahulu lalu aku melangkah!

Aku akan terus mara berjalan sama ada aku suka ataupun tidak!

Bagaimana aku datang? bagaimana aku melihat perjalananku?, aku pun tidak tahu!

Kenapa aku tidak tahu? Aku sendiri pun tidak tahu.


Dalam syairnya ini, dia seolah-olah menimbulkan keraguan terhadap asas keimanan iaitu permulaan hidup, tempat kembali dan soal-soal kenabian. Antaranya juga lagu berbahasa arab pasar yang bertajuk `Min Ghair Leh’ (tanpa sebarang alasan), kerana ia nerupakan terjemahan syak wasangka Abu Madhi ke dalam bahasa pasar agar pengaruh dan kesannya bertambah. Begitu juga dengan lagu yang mengandungi perkara haram juga ialah nyanyian yang bertajuk: Dunia hanyalah antara rokok dan gelas (arak). Semua ini berlawanan dengan ajaran Islam yang telah melabelkan arak sebagai najis dan amalan syaitan. Islam melaknati peminum arak, pemerahnya (pengilangnya), penjualnya, pembawanya dan semua pihak yang memberikan saham kepadanya. Rokok pula membahayakan badan, jiwa dan harta. Ia juga termasuk dalam perkara buruk yang diharamkan.



Antaranya juga, lagu-lagu yang memuji-muji pemerintah yang zalim, taghut (melampaui batas) dan fasik yang sedang berleluasa dalam umat kita sekarang. Lagu-lagu sebegini juga bertentangan dengan ajaran Islam. Islam melaknat golongan zalim dan setiap pihak yang membantu bahkan siapa sahaja yang mendiamkan diri dengan kezaliman. Bagaimana pula dengan orang yang memuja dan mengagungkan mereka? Sudah tentu lebih jelas pengharamannya.


Lagu-lagu yang memuji lelaki atau perempuan yang bermata galak atau ghairah adalah juga bercanggah dengan adab-adab Islam yang menyeru:



Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).

(An-Nur: 30).


Dan juga firman-Nya:



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).

(An-Nur: 31)


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:



يَا عَلِيُّ! لاَ تُتْبِعْ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ اْلأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ اْلآخِرَةُ


Wahai Ali, janganlah kamu ulang pandang selepas pandangan yang pertama, kerana pandangan pertama adalah untukmu tetapi pandangan kedua bukan untukmu (bahkan dosa ke atasmu).




2-Persembahan Yang Tidak Melampau Dan Menggoda

Gaya persembahan juga mempunyai kesan dan kepentingannya. Terdapat lagu yang mana liriknya tidak bermasalah namun cara ia dipersembahkan oleh penyanyi lelaki atau wanita telah mengeluarkannya dari zon halal kepada zon haram, syubhat ataupun makruh. Mereka sengaja memanja-manjakan vokal mereka dan menghairahkan lengguk badan semata-mata untuk membangkitkan syahwat yang dibendung dan menggoda jiwa yang lemah..


Jenis nyanyian sebeginilah yang menjadi fenomena masakini, diminati bahkan digilai oleh para penonton dan pendengar dari siaran tv ataupun radio arab (dan mana-mana radio/TV di seluruh dunia). Hampir semua nyanyian bertumpu kepada aspek tarikan seksual dan segala apa yang berkaitan dengan cinta dan asmara. Ia hanya bertujuan untuk menaikkan keghairahan dan gelora jiwa khususnya di kalangan muda mudi.


Naluri seksual ini adalah perkara yang amat dominan sehingga ada pakar psikologi yang menafsirkan seluruh tabiat manusia dengannya. Naluri seksual sebegini sepatutnya dimartabatkan dan dimuliakan (dengan adab Islam) bukan dibangkit dan dinyalakan dengan perkara-perkara yang menghairahkan.



Al-Quranul Karim memberi arahan kepada isteri-isteri Rasululah dengan ayat:


Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).

(Al-Ahzaab: 32).


Bagaimana jika memanjakan dan menghairahkan suara dengan iringan irama, melodi, tarian? (Tentunya adalah lebih diharamkan).


3. Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang haram.

Aspek ketiga ialah: Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang diharamkan seperti minum arak, menagih dadah, muzik yang menghairahkan seperti yang mengiringi lagu-lagu barat masa kini, antaranya yang berkonsep budaya hippies (hip-hop) dan seumpamanya. Begitu juga muzik yang mengiringi nyanyian yang diharamkan yang mana dengan menyanyikan lagu tersebut akan menyebut secara langsung perkara haram tersebut. Contohnya lagu yang menyebut perkataan lucah, berhias dan pergaulan bebas lelaki dan wanita tanpa ikatan dan had. Inilah yang biasa berlaku dalam konsert dan majlis-majlis nyanyian semenjak dahulu lagi, sehingga apabila disebut sahaja majlis nyanyi-nyanyian, gambaran yang datang secara langsung di dalam minda ialah: Arak, dayang-dayang dan perempuan.


Situasi sebeginilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain:



لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللهُ بِهِمْ

اْلأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ


Umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain. Mereka dialunkan oleh muzik dan penyanyi-penyanyi. Allah akan membinasakan mereka dan menjadikan sebahagian mereka beruk-beruk dan babi-babi.



Ingin saya menarik perhatian di sini bahawa: Pada zaman dahulu, untuk mendengar nyanyian, seseorang perlu pergi ke majlis-majlis nyanyian dan bercampur gaul dengan golongan artis dan pembantu-pembantu mereka. Jarang terdapat majlis sebegitu yang bebas dari perkara-perkara yang diingkari syariat dan agama.


Namun pada zaman ini, keadaannya sudah berbeza. Seseorang boleh mendengar lagu dalam keadaan berjauhan dari khalayak dan majlis tersebut. Tidak syak lagi bahawa ini adalah satu elemen yang boleh meringankan hukum dalam isu ini. Ia boleh menyebabkan hukum nyanyian lebih kepada zon diizinkan dan dipermudahkan, jika bebas dari segala kemungkaran.


4-Tidak Berlebih-lebih Dalam Mendengar Nyanyian

Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah dihadkan agar tidak berlebihan. Allah s.w.t. telah berfirman:



Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

(Al-Aa’raf: 31)


Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda:

كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالْبَسُوا وَتَصَدَّقُوا فِي غَيْرِ إِسْرَافٍ وَلاَ مَخِيلَةٍ

Makanlah, minumlah, bersedakah dan berpakaianlah tanpa berlebihan dan sombong



Di sini, Rasulullah mengikat keharusan melakukan perkara yang halal dengan dua jenis ikatan:

Pertama:Ikatan zahir iaitu aspek kuantiti: Menjauh sikap berlebih-lebih dan membazir.

Kedua: Ikatan dari segi kualiti: Jauh dari kesombongan, meninggi diri dan berbangga ke atas orang lain. Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bermegah-megah.


Mengelakkan pembaziran adalah dituntut dalam segala perkara harus. Tuntutannya lebih kuat dalam hal hiburan, terutamanya bidang nyanyian yang diiringi muzik ataupun tidak, khasnya lagu-lagu sentimental yang hanya menbicarakan berkenaan cinta dan kerinduan.


Manusia bukan hanya sudut emosi dan emosi pula bukan semuanya cinta. Cinta pula bukan hanya kepada perempuan sahaja dan perermpuan pula bukannya hanya jasad dan nafsu sahaja.


Oleh kerana itu, kita perlu mengurangkan jenis nyanyian sentimental dan asmara yang melimpah ruah di pasaran sekarang ini. Kita perlu mengatur nyanyian, program dan kehidupan yang seimbang dan saksama antara agama dan dunia.


Aspek keduniaan perlu diseimbangkan antara hak peribadi dan hak masyakarat. Aspek aspek peribadi pula perlu diseimbangkan antara hak akal dan hak emosi.


Dalam aspek emosi, ia perlu juga diseimbangkan antara seluruh emosi-emosi lain sama ada emosi cinta, benci, ghairah, semangat, kebapaan, keibuan, keanakan, persaudaraan, persahabatan dan lain-lain lagi.


Sifat keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam meluahkan satu bentuk emosi sahaja akan mengatasi kepentingan emosi-emosi yang lain. Ia akan mengatasi kewarasan fikiran, roh dan kehendak, mengatasi kepentingan, ciri-ciri dan rukun masyarakat, juga ke atas nilai-nilai dan ajaran agama.


Oleh itu agama melarang perbuatan melampau dan membazir dalam setiap perkara sehingga dalam perkara ibadat. Jika begitu, tentunya ia lebih dilarang dalam konteks berhibur atau menghabiskan masa dengannya, walaupun hukum asalnya adalah harus.


Perbuatan ini menandakan akal dan jiwa yang kosong, lalai dari melakukan kewajiban-kewajiban besar dan tujuan-tujuan yang lain. Ia juga menunjukkan bahawa dia telah mencuaikan banyak hak-hak yang perlu dilakukanya, tambahan dengan singkatnya tempoh dan umur manusia di dunia.


Alangkah benar dan mendalamnya maksud kata-kata Ibnu Muqaffa’:

.“Aku tidak melihat berlakunya satu pembaziran melainkan ada suatu hak yang telah diabaikan”



Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan kitab Suhuf Nabi Ibrahim ada menyebut:


“Seorang yang waras perlu menumpukan perhatiannya kepada tiga perkara: Mencari kehidupan duniawi, mencari bekalan untuk hari akhirat atau keseronokan yang tidak diharamkan.”



Oleh itu marilah kita bahagi-bahagikan waktu kita secara adil antara tiga-tiga perkara ini. Hendaklah kita ketahui bahawa Allah akan mempersoalkan setiap manusia berkenaan umurnya, kemanakah dihabiskannya?, juga berkenaan masa mudanya, apakah yang dilakukan dengannya?


Imam al-Ghazali mempunyai pendapat yang baik dalam kitab Ihyaa’ nya berkenaan halangan yang boleh menukarkan hukum nyanyian yang harus kepada haram:


Beliau menyebut halangan kelima iaitu:


“ Pendengar dari masyarakat awam yang tiada unsur kecintaan kepada Allah tetapi amat menggemari nyanyian dan dia tidak terpengaruh kepada sebarang unsur syahwat. Ketika ini nyanyian yang asalnya haram untuknya akan menjadi harus sepertimana lain-lain perkara harus yang menyeronokkan. Namun apabila dia menjadikan nyanyian sebagai siulannya dan dia meninggalkan kewajiban yang lain (kemaruk), dia tergolong dari kalangan orang dungu yang tertolak persaksiannya.


Sifat ingin sentiasa berhibur adalah satu jenayah. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Begitu jugalah keadaannya dengan sebahagian perkara harus yang lain. Terus menerus melakukannya akan menjadikannya dosa walaupun dalam skala yang kecil. Contohnya: Sentiasa berhibur mendengar nyanyian dan tarian kaum Afrika dan Habsyi secara berterusan. Ia adalah dilarang walaupun pada asalnya tidak haram kerana Rasulullah sendiri melakukannya.


Antara contoh yang sama dalam hal ini ialah bermain catur yang diharuskan oleh syarak. Namun apabila terus menerus dimainkan, hukumnya akan bertukar menjadi makruh yang amat dibenci. Sekiranya tujuan sesuatu permainan adalah untuk berseronok dan berhibur, ia diharuskan kerana ia dapat merehatkan hari. Kerehatan hati akan menjadi penawar kepadanya dalam beberapa keadaan, membangkitkan semula semangatnya lalu mendorongnya untuk berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia seperti mencari pendapatan dan berniaga, ataupun dalam perkara agama seperti sembahyang dan membaca al-Quran.


Kebaikan sebegini akan dapat dihayati apabila dilakukan berselangan dengan perkara-perkara serius. Ia umpama tahi lalat di pipi yang boleh memaniskan wajah seseorang, tetapi jika bilangan terlampau banyak, wajah akan bertukar menjadi hodoh. Alangkah buruknya jika ia berlaku. Begitulah juga dalam masalah ini. Kebaikan pada asalnya akan bertukar menjadi buruk kerana terlalu banyak dilakukan.


Bukan setiap perkara elok akan kekal elok apabila dilakukan secara banyak dan berterusan. Begitu juga perkara yang harus. Malah roti adalah harus, namun apabila dimakan secara melampau akan menjadi haram (kepadanya). Begitu jugalah seluruh perkara harus yang lain.


Tuan Guru an-Nablusi dalam kitab yang bertajuk Idohul Aalat berkata:


“Muzik dan nyanyian yang bercampur dengan arak, zina, liwat ataupun bibit-bibitnya seperti sentuhan ghairah, ciuman, pandangan bernafsu kepada bukan isteri, atau sekadar berazam untuk melepaskan syahwat yang diharamkan atau berkhayal melakukannya dan berangan-angan untuk berada dalam majlis sebegitu, semuanya adalah perkara yang diharamkan. Haram mendengarnya kerana tujuan dan niat tersebut adalah haram. Ia hanya akan mendorongnya melakukan perkara haram yang ada dalam majlis itu, atau perkara haram yang diingininya dalam ilusinya dan dia juga sentiasa membayangkan dia berada di majlis seperti itu. Perkara yang membawa kepada haram adalah haram.



Sekiranya tujuan sebegini merupakan kebiasaan di zaman ini, kita tetap tidak boleh menghukum dengan menggunakan firasah dan jangkaan sahaja lalu memfasikkan seorang umat nabi Muhammad s.a.w.. Kita tidak boleh menghukum seseorang kecuali jika perkara yang haram itu jelas berlaku di hadapan mata di mana sudah tidak ada kemungkinan dan takwil yang lain lagi.


Mungkin ada orang yang akan berkata: Cetusan hati untuk melakukan syahwat yang haram seperti zina, minum arak dan sebagainya (dan ia tidak dilaksanakan) sebenarnya tidak memberikan dosa kepada pelakunya dari segi syarak. Inilah yang diputuskan oleh para ulama’ dalam tajuk-tajuk yang berkaitan dengannya. Oleh itu, bagaimana pengharusan nyanyian bersyarat dengan tiadanya cetusan hati yang diharuskan oleh syarak ini? Ada contoh perkara ini dari segi syarak?.


Jawabnya: Ya. Cetusan hati sebegini tidak membawa dosa kepada seseorang sekiranya ia terbuku di hati dan hati masih berbelah bahagi sama ada untuk melakukannya ataupun tidak, selagi tidak menjadi satu keazaman. Namun apabila seorang hamba mendengar nyanyian lalu hatinya bergelora, azamnya menjadi kuat dan syahwatnya mula menyala, ketika itu dia tidak berupaya lagi untuk menolaknya. Ketika itu dia akan melakukan perkara yang dimahukan oleh nafsunya itu, sekiranya dia mampu.


Kita ikatkan perkataan `syahwat’ di sini dengan `yang diharamkan’ semata-mata untuk mengecualikan syahwat yang diharuskan. Contoh syahwat yang diharuskan ialah makanan dan minuman halal yang lazat, perkahwinan (persetubuhan) dengan isterinya dan lain-lain lagi. Cetusan hati kepada syahwat yang halal sebegini sekiranya ia berlaku ketika mendengar nyanyian, tidak akan mengharamkan nyanyian tersebut. Malah nyanyian akan kekal dengan hukum harusnya”


5. Berkaitan Dengan Pendengar

Selepas penjelasan ini, tinggal lagi beberapa perkara atapun zon-zon tertentu yang berkaitan dengan pendengar. Perkara sebegini tidak tertakluk dalam sebarang fatwa ataupun disiplin tertentu secara terperinci, malah ia terserah kepada hati dan ketaqwaan seseorang. Para pendengar adalah orang yang lebih faham keadaan dirinya dan lebih layak menjadi mufti (pemutus) kepada dirinya sendiri.

Setiap orang mengetahui dirinya, arah fikiran dan cetusan hatinya, lebih dari orang lain. Sekiranya nyanyian ataupun jenis-jenis tertentu darinya boleh menyalakan emosinya dan mendedahkannya kepada fitnah dan kejahatan, menyebabkannya berenang di alam fantasi dan memuncakkan nafsu kebinatangannya melebihi sudut spiritual, ketika itu dia perlu meninggalkannya. Dia perlu menutup pintu yang mungkin didatangi oleh angin fitnah kepada hati, agama dan akhlaknya. Hanya ketika itu sahaja, dia akan terselamat dari fitnah. Inilah yang digambarkan oleh sebuah hadis nabi:



الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ. وَاْلاءثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ

Kebaikan ialah apa yang ditenterami oleh jiwa dan ditenangi oleh hati sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, walau apapun yang telah difatwakan oleh orang-orang yang memberikan keputusan.




Inilah yang cuba ditegaskan oleh Imam al-Ghazali dalam al-Ihyaa’ ketika menyebut dalil pengharusan dari aspek nas dan maqasid syariah. Kemudian beliau menyebut halangan kepada nyanyian yang menukarkan hukum harus kepada haram. Beliau berkata:


"Halangan keempat adalah dari diri pendengar itu sendiri. Jika pendengar seorang pemuda yang mudah dikuasai oleh nafsu syahwat dan sifat ini lebih menonjol dari sifatnya yang lain. Mendengar nyanyian adalah haram baginya sama ada dia dikuasai perasaan cinta kepada seseorang ataupun tidak. Orang yang sebegini akan bangkit syahwatnya walaupun dengan hanya mendengar sifat rupa paras, pipi, perpisahan dan percintaan dan sebagainya. Dia sentiasa mengkhayalkan imej-imej yang tertentu lalu syaitan meniupkan api syahwat ke dalam hatinya yang akan mendorongnya kepada kejahatan."


Keadaan ini merupakan bantuan kepada kumpulan syaitan dan satu kekecewaan kepada yang menjadi batu penghalang kepada kumpulan Allah. Pertarungan antara tentera syaitan (syahwat) dan tentera Allah (cahaya akal) akan sentiasa berlaku di dalam hati, kecuali dalam hati yang telah dikuasai oleh salah satu pihak secara total.


Kini, kebanyakan hati telah dimenangi dan dikuasai oleh tentera syaitan. Justeru, pertarungan ini belum selesai. Ia perlu disambung semula untuk menggugat dan menghalangnya dari memperbaharui senjata, pedang dan segala peralatannya. Bidang nyanyian adalah merupakan pengasah senjata syaitan kepada orang yang sebegini. Oleh itu dia sepatutnya meninggalkan keseluruhan nyanyian kerana ia akan memudaratkannya.

Sumber:


Fiqhul Ghina’ wal Musiqi fi Duil Quran was Sunnah.-(Feqah Nyayian dan Muzik berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah)-Oleh Syeikh Dr Yusuf Abdullah al-Qardhawi.



| edit post

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"