Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

Amalan Nisfu Syaaban..??

Posted by Mr Wan Monday, July 26, 2010

baca_yasin_thumb

Maaf kerana artikel ini lambat dipost tapi saya merasakan artikel ini sangat berguna buat pembaca-pembaca sekalian,walaupun bukan untuk nisfu sya’ban kali ini tapi untuk pada kali-kali yang mendatang.Pabila tiba 15 Sya’ban,orang melayu khususnya akan membuat bacaan Surah Yasin sebanyak 3 kali dan akan memanjat doa untuk dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan diselamatkan di dunia dan di akhirat.Semasa di sekolah menengah rendah dahulu, senior yang mengepalai bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya’ban itu memulakan bacaan dengan sedikit pesanan,katanya, “sebenarnya tiada hadis yang menyuruh kita baca Yasin 3 kali semasa malam nisfu sya’ban,cuma sudah jadi adat orang melayu membacanya dan disebabkan perkara ini perkara baik,maka kita ikuti.Cuma perlu ingat bahawa tiada sebarang hadis yang menyeru kita membaca Yasin di malam Nisfu Sya’ban.”

Ketika itu,saya masih kecil dan tidak tahu apa-apa tentang ini.Tambahan pula,inilah pertama kali saya mendengar perkataan Nisfu Sya’ban.Maka, saya mengkaji perkara ini daripada beberapa laman web dan alhamdulillah,saya dapati satu kesimpulan yang berselari dengan setiap laman web yang saya kaji.

Konklusinya,semua hadis tentang kelebihan dan amalan-amalan khas Nisfu Sya’ban direka-reka dan disandarkan kepada Rasulullah.Tiada sebarang hadis yang khusus tentangnya,kalau ada pun,hadis itu hanya berstatus Hassan.

Mengikut Ulama’ sekarang,Prof.Yusof Al-Qardhawi, “‘Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya”. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Jadi jelas kepada kita bahawa bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya’ban tidak bertepatan dengan Islam.Namun,jika kita membaca kerana ingin menghidupkan malam kita,maksud saya,seperti malam-malam kebiasaan dan tidak berfokus kerana malam itu malam Nisfu Sya’ban,dibenarkan. Seperti kata-kata Al-Qardhawi dalam fatwanya, “‘Di dalam kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata.”

Kenapa timbul bacaan Yasin 3 kali?Maaf,saya telah usaha mencarinya namun tidak jumpa.

Bagaimana pula dengan Puasa Sunat Nisfu Sya’ban?

Seperti fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Qardhawi di atas,jika anda niat puasa esok itu kerana esok Nisfu Sya’ban,maka puasa anda itu tidak sah di sisi syarak tapi kalau anda puasa esok itu kerana ingin memperbanyakkan ibadah di bulan Sya’ban,dibenarkan.Seperti kata-kata Al-Qardhawi di atas, kita tidak boleh menentukan hari yang khusus untuk berpuasa,jadi amalan puasa sunat Nisfu Sya’ban adalah amalan yang bercanggah dengan syarak. Tambahan pula,tiada satu pun hadis yang sahih didapati tentang puasa sunat Nisfu Sya’ban.Cuma,diingatkan bahawa tidak salah untuk puasa di bulan Sya’ban dengan niat untuk memperbanyakkan amalan di bulan Sya’ban kerana Rasulullah sendiri menyeru umatnya berpuasa di bulan Rejab dan Sya’ban.

Mengapa boleh timbul puasa sunat Nisfu Sya’ban?

Daripada satu hadis yang menyatakan Rasulullah ada berkata, “aku suka ditutup buku ku dalam keadaan aku berpuasa.”Maka daripada hadis ini timbullah puasa sunat Nisfu Sya’ban.Namun,sumber hadis ini tidak diketahui daripada mana.

Dipercayai fadhilat-fadhilat Nisfu Sya’ban ini timbul dengan satu tujuan sahaja iaitu mengajak kita semua untuk beramal lebih pada malam Nisfu Sya’ban. Mana tidaknya,cuba perhatikan Mat Rempit yang bermaharaja lela di atas jalan raya pun turun ke surau membaca Yasin 3 kali, meminta nyawa mereka dipanjangkan pada malam Nisfu Sya’ban.Inilah kebaikannya.Keburukannya apabila fahaman-fahaman bahawa Rasulullah ada mengistimewakan malam Nisfu Sya’ban ini timbul dan terus turun ke generasi bawahan yang mana lebih tepat,menjadi tradisi dan bukan lagi agama. Ketahuilah bahawa soal pahala,dosa,syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah,hatta Rasulullah sendiri tidak boleh menjanjikan apa-apa kepada para sahabat sehingga diberitahu Allah,inikan pula kita insan yang dhaif.

Hentikan sebarang penyebaran fadhilat Nisfu Sya’ban,ingatlah hadis sahih Rasulullah yang berbunyi, “sesiapa yang melakukan pembohongan terhadap ku,bersedialah ke neraka.“Maksud pembohongan kepada Rasulullah ialah menyampaikan apa-apa yang tidak disampaikan oleh Rasulullah tetapi menyandarkan ia kepada Rasulullah.

Tetapi,sekali lagi saya ingatkan,jangan hentikan amalan-amalan baik yang sedang anda lakukan cuma perbetulkan niat kita supaya apa yang kita buat bertepatan dengan kaedah Rasulullah.Ingat,tiada amalan yang akan diterima oleh Allah melainkan amalan yang dilakukan seperti amalan Rasulullah.


*artikel ini di ambil dari blog

:http://azzariyat.com/nisfu-syabanamalan-yang-bukan-amalan/

0 comments

Post a Comment

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"