Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

KEMBARA 2010-JOM MERIAHKAN!!

Posted by Mr Wan Thursday, February 18, 2010 0 comments


















| edit post

Pendakwah Sosial

Posted by Mr Wan 0 comments



Tahap pertama dalam menyampaikan dakwah Islam adalah seseorang itu mestilah seorang yang mudah disukai oleh mereka yang menjadi sasaran dakwah. Sifat mudah didekati oleh orang lain ini merupakan satu senjata yang sangat berkesan dalam diri seorang pendakwah bagi memastikan penyampaiannya diterima oleh orang ramai.

Manusia sangat mudah tertarik dan berinteraksi dengan individu-individu yang memenuhi keperluan jiwanya kerana orang orang seperti itu mampu menaikkan estimnya dan membuat mereka berasa seronok dengan keadaan diri mereka sendiri.

Pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi memberi panduan bagaimana menjadi orang yang mudah didekati

1. Pastikan diri mempunyai sifat suka membantu, menyumbang dan mudah memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja sehingga mana ia masih dalam ruang lingkup perbatasan syariat

2. Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan baik hati. Semua ini boleh digambarkan kepada orang lain melalui percakapan dan perbuatan harian. Jangan cuba-cuba berani untuk bersandiwara walau hanya 1 kali kerana kesannya sehingga bila-bila orang akan membenci.

3. Banyakkan mendengar daripada banyak bercakap. Benar seorang pendakwah tugasnya perlu menyampaikan namun dalam konteks untuk menyelesaikan masalah orang lain, seorang pendakwah perlu meneliti dan memahami dahulu masalah yang dihadapi orang lain sebelum memberikan pandangan dan nasihat.

4. Memberikan pujian dan menghargai pandangan dan perbuatan yang dilakukan orang lain. Sudah menjadi fitrah, manusia sangat suka akan pujian dan penghargaan. Manusia sangat mudah terpengaruh dengan orang yang pandai member pengiktirafan, pujian dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah menerima pengiktirafan, pujian dan penghargaan daripada seseorang bersikap lebih terbuka kepada pendapat dan nasihat orang lain.

5. Semasa berkomunikasi dengan orang lain gambarkan kita banyak bersetuju dengan pemikiran dan pandangan rakan bual kita. Ini penting supaya orang itu merasa sangat selesa untuk berkongsi masalah , pandangan atau apa sahaja kepada kita.

Kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang besar gunanya. Menurut kajian, orang yang mahir berkomunikasi dipandang sebagai orang yang mempunyai daya tarikan. Mereka juga dipandang lebih tampan, jelita dan lebih menawan daripada diri mereka yang sebenar.

Sebagai orang yang mudah disukai , kita akan banyak menerima ajakan, pelawaan, jemputan dan undangan daripada mereka supaya hadir dalam majlis-majlis yang mereka adakan. Dengan menghadir majlis-majlis itu kita berpeluang berkenalan dan bersahabat dengan lebih ramai orang lagi dan membuka peluang untuk pendakwah ini melebarkan lagi pengaruh dan dan rangkaian dengan ramai orang. Dengan pengaruh ini, sudah semestinya pendakwah mampu mempengaruhi orang di sekitar mendekati Islam sedikit demi sedikit.

Langkah pertama seseorang yang berhasrat menjadi pendakwah yang memiliki daya pengaruh yang tinggi adalah dengan meninggikan daya tarikan sosialnya

| edit post

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"