Asma' Al-Husna

Masa Berlalu

sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Rasullullah S.A.W

Rasullullah S.A.W

Islamic Calendar

bestnya rehlah kite

Posted by Mr Wan Sunday, January 31, 2010 1 comments


Assalamualaikum..

Alhamdulillah baru-baru ini berjaya juga penulis sertai rehlah dalam keluarga kecil penulis di UMP ni .seronok sangat dapat kumpul ramai-ramai di Pantai Kempadang..

Bole makan,dengar pengisian dan eratkan ukhwah kita..jom layan gambar..hehe



hazwan: yea,moh kite idupkan api..lapor daa ni
Fakhrul: ni da kali ke 10 wan cakap bende sama,..x nyala-nyala jugak
Fatah: betul2..Abe Wan pn da x tau nak cakap apa tu wan..
Rizal:.................btol x 3





Hafiz: kite kena baca bismillah dulu..klu x Allah x izinkan jugak api ni nyala
Rizal+Fakhrul: ye hafiz, kami insaf..meh baca bismillah ramai-ramai



Rasyid: haa..akhirnya ayam yang ku tunggu dah berasap..siap laa ko ayam
Fakhrul: sabar Rasyid,..Abe pn lapor ni..




Rizal: kenapa ada warna hitam kat ayam ni? ada sape2 letak cat itam ke?
Fakhrul: mana-mana?..x nampak pon itam, coklat ada laa




Setelah 1 jam usaha hidupkan api..nilah hasilnya..nak buat camana, yg tukang idup api ni dulu kadet bomba..padam api tau laa die




yea..makan-makan..sedap ooo...

Rasyid: Abe Qaidir tu..meh laa makan, doh2 laa duk bakar ayam tu..pasni saya nak mandi plak..hehe




'Gaya pengarah rehlah kite..nampak x??..hehe
Mr Wan: time kasih banyak2 rasyid..




Ni kenapa plak ni??..dah bole makan pun masih ngajuk lagi




Ni pun sama..kenapa ni ??



ish3..ni pon sama..

Mr Wan: haa, bestnye adik Qaidir datang..time kasih ye azfar leh datang..pasni kite jumpe2 lagi




OOO...Rasyid bg pengisian..

" sahabat2 ku..marilah kite jadi hamba Allah yang menyumbangkan dan berkorban seluruh yang Allah pinjamkan pada kita ini untuk menegakkan Islam dimuka Bumi Allah ni..bla,blablaaa"




Mr Wan: agak2 kenapa jongkang-jongket ni balance??..
Qaidir: ku tau jawapanye wan..hehe




Adik2 dan sahabat2 ku..semoga kite semua menjadi pemuda Islam yang berkorban jiwa raga kita untuk Islam tercinta..


Terima kasih semua dapat hadir..Ku berdoa agar kita semua ditetapkan dijalan Islam ini hingga ke Syurga..







| edit post

Usrah Naruto

Posted by Mr Wan Thursday, January 21, 2010 3 comments



* Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto


“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.


Semuanya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungan untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama di Gombak.


Objektif yang perlu dicapai adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.


“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.


“Ala. Kamu semua pun tengok, kan?”


Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”


“Lagi… lagi…”


Menetapkan matlamat dalam berusrah


“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka ini ninja-ninja yang kita ingin latih. Apa matlamat yang ingin kita capai dalam setiap sesi latihan tersebut.”


“Maksud abang Azree?” Soal Imran.


“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang ingin kita sebagai naqib ingin capai. Dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.


Sebagai contoh, matlamat abang dalam usrah dengan kamu semua ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah.” Terang saya sambil disambut gelak.


Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.


“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” Soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.


Mengambil tahu perkembangan ahli usrah


“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”


“Erm. Iruka!”


“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”
“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto.” Jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.


“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan apa tindakan yang perlu diambil Kakashi seterusnya.


Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya.

Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.

Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.
“Oh, begitu. Faham.”


“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”


“Ciri-ciri yang lain lagi?”


“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”


Keistimewaan pada naqib



KAKASHI NAQIB USRAH NARUTO


Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.


“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.


“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” Saya cuba mencelah.


“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.


Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.


“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki.

Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.


“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita.” Saya cuba menjawab apa yang termampu.


“Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula!”


Nota kaki: Copy & Paste untuk berkongsi



| edit post

Promosi Iftar..Jom!!

Posted by Mr Wan Wednesday, January 13, 2010 0 comments

| edit post

KUASA vs PENGARUH

Posted by Mr Wan Monday, January 4, 2010 2 comments

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini

Di UMP khususnya, dakwah kita kepada warga UMP akan terbantut dan gagal, kerana kebergantungan kita kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Kita kadang kala terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan.

Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!

SIRAH PENGARUH DAN KUASA

Lihat sahaja sirah Baginda SAW semasa di Mekah. Ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya.

Malah Muhammad SAW yang tidak berjawatan itu, menggelisahkan seluruh pembesar Mekah yang ada jawatan dan kuasa. Kepimpinan dengan pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan.

Kerana itu, Madinah terus memacu kejayaan, apabila kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan dengan kuasa dan kedudukan!

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.

“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”

Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang individu Muslim yang cemerlang.

PENGARUH DAN PENDAKWAH

Tetapi soal pengaruh di sini, paling penting untuk difikirkan oleh kita warga pendakwah UMP. Apakah kita bergantung kepada status, gelaran dan jawatan, institusi dan aliran untuk mengawal masyarakat? Jika kita malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri, dan berhubung dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka kita adalah pemimpin yang paling lemah.

Ingin saya tegaskan disini kepada sahabat-sahabat yang saya sayangi sekelian, Kita mesti berani untuk bersama dengan masyarakat.. Tak sudah dan tak kemana mesej dakwah kita jika kita hanya terkurung dalam lingkup kita sahaja..kita mesti mengurungkan diri kita bersama orang lain supaya kita memimpin orang lain dengan Islam..bukannya kita dipimpin..

“Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi”.

kepada pimpinan persatuan, kelab dan kepimpinan MPP UMP

Kepada barisan kepimpinan UMP, anda semua perlu mengatur sesuatu untuk mengubah keadaan anda..Anda perlu menunjukkan contoh yang terpuji sesuai dengan jawatan yang Allah amanahkan selaku pemimpin mahasiswa..Pemimpin akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dipimpinnya..pimpinlah pengikut anda masing-masing supaya mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan kelak di akhirat nanti, kita menyesal dan mengazab diri kita kerana memimpin pengikut kita ke jalan maksiat. laksanakan program-program yang membina sahsiah dan akhlak ahli masing-masing..jangan campur adukkan perkara yang halal dan haram seperti:

1-percampuran lelaki dan perempuan dalam aktiviti jasmani

2-mengadakan program-program berbentuk hiburan yang menonjolkan wanita di khalayak umum

3-tidak bertegas dalam disiplin berpakaian (pemimpin akan di tanya Allah apa usaha anda supaya pengikut tidak mendedahkan aurat)

oleh itu, marilah kita semua memperingatkan diri masing-masing dan orang lain agar sama-sama menyokong dan berusaha untuk mengekalkan suasana UMP yang kita sayangi ini agar sentiasa dalam keredhaan Allah..jangan apabila Allah timpakan bala, ketika itu barulah kita sedari dan menyesali dengan apa yang telah lakukan sebelum ini..


| edit post

Assalamualaikum..kepada pembaca-pembaca sekalian. Alhamdulillah kita diizinkan Allah kembali untuk bertemu. setelah hampir seminggu disibukkan dengan pelbagai perkara kepada diri ini, penulis rasa kosong jiwa kerana tidak memberi sedikit bacaan kepada pembaca untuk membaca di blog ini.
Pertamanya, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ini yang sangat menyokong kepada penulis untuk berkarya dan menyampaikan maklumat..Insyaallah, akan datang penulis akan lebih berusaha untuk memperbaiki mutu maklumat untuk diketengahkan.




Semalam aku dikejutkan dengan berita seorang sahabat yang amat aku sayangi dan kasihi mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajiannya di UMP. secara jujurnya aku amat terkejut dan bersedih dengan berita ini. Dialah sahabat yang amat unit pada pandangan mata hatiku kerana banyak suka duka, tawa dan kesedihan kita berkongsi. tak dapat untuk aku nak lupakan diri sahabatku yang istimewa itu dengan cara fesyennya..hehee,"Jin Melayu"..ni bukan nama panggilan die..hehe, tapi cara die berpakaian yang suka campurkan fesyen seluar jin+baju melayu..jadi aku pun namakan dia Jin Melayu..hehe

Sedih, itu je yang mampu aku katakan sekarang..bermula dari masa aku kenal dia sampai sekarang dan sampai bila-bila aku mesti tak mampu nak lupakan dia..
banyak yang telah dia korbankan untuk kesenangan orang lain. Dia seorang pejuang dan sahabat yang amat setia dengan sahabat-sahabat dan perjuangan dakwah Islam ini.
Walau dah banyak kali kereta kepunyaannya yang dia korbankan untuk dakwah ini rosak, langsung sepanjang aku kenal dia, dia minta ganti rugi daripada sahabat-sahabatnya..langsung tak pernah. Aku sangat kagum pada semangat pengorbanan dia...

Apa yang aku harapkan, semoga kau sahabatku....terus istiqamah dalam perjuangan Islam ini tak kira kau berada dimana..sumbangkan lagi segala apa yang kau ada untuk Islam tercinta ini. teruskan semangat pengorbanan engkau diluar sana..kami disini akan meneruskan lagi perjuangan ini dan akan bersama-sama engkau diluar sana kelak satu hari nanti..InsyaAllah

semoga ukhwah kita yang terbina atas dasar aqidah Islamiyah ini terus kukuh dan subur hingga ke syurga..kami pasti merindui kehadiran BHX di UMP selepas ini.

selamat berjuang sahabatku,




ZULKARNAIN

| edit post

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"