Harga Rokok naik lagi..

Posted by Mr Wan Sunday, December 27, 2009 0 comments




Tajuk berita KOSMO: Harga Minimun Rokok RM 6.40-Usaha mencegah kanak-kanak/remaja dalam terjebak tabiat merokok

KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.-sumber Kosmo online

Sangat menarik berita hari ini berkaitan ROKOK..suka juga saya untuk mengubah tajuk berita ini kepada begini:

Tajuk berita: Harga Minimun Dadah RM 80-Usaha mencegah masyarakat daripada terjebak dengan najis dadah..nampak? lagi menarik bukan?

Apa nak jadi dengan negaraku ini, usaha mencegah kemungkaran disertakan juga sumber kemungkaran. Telah terang lagi bersuluh, majlis fatwa kebangsaan telah menfatwakan bahawa Rokok adalah HARAM kerana ia memberi kesan sama seperti membunuh diri cumanya dalam tempoh masa yang lama. Adakah logik jika kita nak orang kita berhenti merokok, maka kita naikkan harga rokok sedangkan rokok masih tetap dijual. Nak orang kita kurang kan makan gula,naikkan harga gula, Kurangkan makan ikan(contoh) naikkan harga ikan, Kurangkan makan beras naikkan harga beras...logik ke?..ye,jika kita guna akal fikiran manusia,mungkin kita fikirkan logik...

sekali lagi saya nak bawa analogi lain..Logik ke jika kita nak cegah masalah kecurian kita bg pekerjaan pada pencuri supaya mereka tidak mencuri lagi? jika kita pakai akal logik manusia, maka habis semua orang berebut-rebut mencuri untuk dapatkan pekerjaan, habis rosak masyarakat kita sebab semua nak jadi pencuri...nampak? inilah yang akan berlaku jika guna logik akal manusia..kenapa tidak guna Formula yang Allah bagi??

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.
-Al-Imran,104.

Jika benar kerajaan ingin menghapuskan perokok tegar seterusnya kemunculan perokok baru, sudah tiba masanya pihak kerajaan menggunakan formula yang Allah lampirkan didalam Al-Quran sebagai formula yang pasti akan berjaya. Pihak kerajaan sudah sampai masanya kembali kepada pelaksanaan syariah Islam yang sebenar supaya masalah kekacauan yang berlaku dalam negara kita dapat dikurang seterusnya dihapuskan..

Untuk mengurangkan penglibatan remaja atau sesiapa sahaja menjadi perokok, daripada menaikkan harga,kenapa tidak dihentikan sahaja pengeluaran dan penjualan rokok? itukan lebih baik..jika naikkan harga rokok, ada jaminankah perokok ini tidak akan mencuri dan memeras ugut orang lain untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok? bukankah itu akan menambahkan lagi masalah yang sedia ada..?

-cukuplah buat lawak-

| edit post

Gempar!! F-5E tak boleh terbang

Posted by Mr Wan Thursday, December 24, 2009 0 comments

-F-5E-


Apa pula kes F-5E ni?.saudara tak tahu ke..inilah Jet pejuang negara ..Entahlah apa nak jadi negara Malaysia ni..ingatkan besi-besi buruk,kereta,motor dan basikal je yang boleh kena curi..ENJIN JET PEJUANG negara pun boleh hilang..kes ini sangat-sangat telah menggemparkan negara.

Selaku mahasiswa negara ini, kes ini pada hemat saya sangat-sangat memalukan negara pada kaca mata dunia. Apa tidaknya,jika enjin jet ini boleh dihilang dan dijual keluar dari negara..bagaimana dengan eset-eset negara yang lain?.roket kita,kereta kebal dan sebagainya..Ada mungkinkah juga telah banyak dihilangkan?

Saya tertarik apabila membaca komentar ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Beliau telah menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.
Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Apabila kenyataan ini dikeluarkan, saya agak keliru dengan keadaan negara pada masa itu..Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2007 langsung tidak menyatakan tentang kehilangan enjin jet ini pada pengetahuan umum..namun setelah hampir 2 tahun kes itu berlaku mengapa tiba-tiba kes ini baru dibuka? Adakah kerajaan sekali lagi ada menyembunyikan sesuatu agenda kepada masyarakat umum? Atau..adakah berlaku satu pakatan menjatuhkan kreadibiliti seseorang ketika ini..Jika dilihat pada sejarah negara, pada tahun 2007 Menteri yang bertanggungjawab berkaitan pertahanan negara ketika itu ialah perdana menteri ketika ini,YB Datuk Seri Najib Tun Razak..

Saya amat kegum dengan ketegasan YB Perdana Menteri yang telah mengarahkan agar kes ini disiasat dengan terperinci tanpa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.."saya mahu kes ini tidak ditutup"-perdana menteri. Dengan ketegasan beliau, memperlihatkan PM sangat ingin tahu siapakah dalang didalam kes ini.

melihatkan keadaan ini, saya merasakan terdapat suasana yang tidak selesa didalam pemerintahan negara kini. Saya selaku mahasiswa sangat-sangat mengharapkan pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu dengan cara yang betul dan telus bagi memperbetulkan keadaan yang sangat bercelaru sekarang..Jangan sampai negara kucar-kacir baru ambil tindakan..

Kes kehilangan enjin jet pemintas negara ini pada hemat saya, akan menjadi kes berprofil tinggi kerana mungkin akan melibatkan orang-orang penting kerajaan dan pihak Angkatan Tentera Malaysia(ATM). Dan jika tertangkap pencuri aset negara ini, adakah mereka akan dihumban dalam ISA?? sebab sudah pasti mereka ini adalah pengancam keselamatan negara..hmm..entahlah, sama-sama kita tengok nanti.

Malaysia tanah airku.....hmmm

| edit post

1 Malaysia..1 Aqidah

Posted by Mr Wan 0 comments



hari ini entah mengapa rasa ingin mengulas sedikit berkaitan 1 Malaysia..jemput baca ye.

1 Malaysia..
tidak pernah terlintas didalam fikiran saya selama berada di Malaysia ini, slogan atau gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh perdana menteri negara kita, YB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak ini telah menjadi elemen perpaduan negara kita kini.. Pertama sekali saya mengambil peluang disini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kpd YB Dato' Najib kerana berjaya menggunakan slogan yang saya kira sangat sesuai dengan keadaan masyarakat negara kita yang pelbagai bangsa dan latar belakang. Slogan 1 Malaysia, bukan sahaja menyatupadukan pelbagai kaum..tetapi telah mewujudkan 1 perasaan bahawa tiada perbezaan antara kita semua..Melayu,Cina dan India serta peribumi Sabah & Sarawak..kita semua telah disatukan dengan 1 panggilan bangsa..BANGSA MALAYSIA..wah,sangat ,menarik bukan??

Sejak akhir-akhir ini..ucapan SALAM 1 MALAYSIA sering kedengaran dimana-mana..di radio,television,surat khabar dan diamana-mana majlis tertentu..ucapan salam ini telah sering di ucapkan..Saya agak tertarik apabila fenomena ucapan SALAM 1 MALAYSIA menjadi 1 trend masyarakat kini..lalu saya membuat sedikit kajian dan bacaan berhubung perkara ini..

ini saya copy n paste daripada kenyataan Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa beliau berkata,
ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1 Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ada benar apa yang diperkatakan beliau berkaitan perkara ini..sedangkan anak-anak kecil kita telah diajar berkaitan tuntutan memberi salam "ASSALAMUALAIKUM" dan kewajipan menjawab salam "WAALAIKUMUSSALAM"..orang yang memberi salam mendapat kebaikan begitu juga yang menjawab salam..sedangkan salam spt "SALAM 1 MALAYSIA" maka apabila kita menjawab salam itu " SALAM 1 MALAYSIA" adakah kita mendapat pahala dari ALLAH??..saya bercakap berlandaskan kebenaran yang mana kita perlu tegakkan tanpa berselindung..

Disini saya melontarkan 1 lagi persoalan..slogan "1 MALAYSIA" adakah ia merosakkan AQIDAH umat ISLAM??..jom kita cek benar atau tidak..jika tidak, Alhamdulillah kerana terlepas dari syirik pada Allah...TAPI jika benar ia merosak atau menggugat AQIDAH umat ISLAM negara ini..maka kewajipan pada kita semua agar berjuang menentang slogan ini..perkara AQIDAH ISLAM bukan BOLEH DIBUAT SAMBIL LEWA.
Apa yang diharapkan, agar para ulama' didalam negara ini dapat segera memberikan jawapan yang tepat samada slogan ini menjejaskan Aqidah atau tidak...

| edit post

Gagal??

Posted by Mr Wan Monday, December 21, 2009 0 comments



Semester baru tinggal beberapa minggu lagi untuk aku dan rakan-rakanku memberi salam kembali kepada bumi UMP tercinta. sebentar tadi keputusan rasmi peperiksaan akhir untuk semester 1 telah dipaparkan. Aku yakin dan percaya,ramai dikalangan rakan-rakanku yang kecewa dan hampa dengan keputusan yang mereka peroleh, namun sudah pasti ada yang berbangga dan bergembira dengan kejayaan yang mereka genggam..namun ada juga yang tidak merasa apa-apa..(ini yang aku hairan)..inilah kehidupan,pasti dalam masa yang sama..ada yang gembira dan bersedih..aku sangat mengerti keadaan ini.

Bagi diriku, aku bersedih dan kecewa dengan diriku yang menghampakan diri sendiri,ibuku dan rakan-rakanku (maafkan ku teman-teman..bukan ini kehendakku) ..bukan kerana aku tidak berusaha,tetapi aku yakin..inilah yang terbaik Allah sediakan untuk diriku bagi mendidik aku makna kejayaan yang sebenar..

bagi rakan-rakanku yang berjaya pada semester lepas, bersyukurlah kepada Allah kerana Allah memberikan yang terbaik itu kepadamu..gunakan kepandaian yang Allah berikan dengan sebaiknya..ya..aku juga bersyukur pada Allah..kerana aku sangat yakin..ini adalah yang sangat terbaik untukku..

kejatuhan memberikan kesedaran,kegagalan mendorong usaha yang berlipat ganda, kejayaan menguji kesyukuran sebenar..

buat diriku dan rakan-rakanku..ingat kata-kata ini

" setiap orang diciptakan untuk berjaya,jangan berputus asa kerana gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya..orang yang gagal adalah orang yang tidak bangkit kembali setelah kegagalan menimpa mereka"..

| edit post

Penghijrahan kali ke 1431

Posted by Mr Wan Thursday, December 17, 2009 0 comments




Alhamdulillah..berkumandangnya azan Maghrib sebentar tadi menandakan telah masuknya tahun yang amat penting dalam sejarah Islam yang Agung. Detik penghijrahan baginda Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah..dan penghijrahan inilah yang mencipta sejarah sehingga terbinanya empayar Islam bermula dari kota Madinah, tersebar meluas sehingga 1/3 dunia ketika itu..

Sambutan tahun baru Islam ini aku lihat kemeriahannya sangat berbeza dengan sambutan Hari kemerdekaan Negara..jika sewaktu sambutan merdeka,aku lihat ramai orang muda berkumpul dengan kegembiraan yang jelas terpancar di muka-muka anak muda ini, yang wanitanya memakai pakaian yang cantik dan juga menyembur wangian seperti wangian stok 1 bulan.yang jejakanya rambut dah macam pelangi. ada pulak tu macam warna bendera Malaysia..sangat bersemangat. mereka semua berkumpul di satu tempat untuk melaungkan laungan MERDEKA!.MERDEKA!,MERDEKA! "kegembiraan"..berpeluk-pelukan tanda "ukhwah" yang mantop(x kisah laa peluk lain jantina..diorang peduli apa)..namun jelas,sambutan kemerdekaan negara disambut meriah dan gembira oleh orang muda-mudi kita.

sangat berbeza dengan sambutan TAHUN BARU ISLAM INI..anak muda malahan orang tua sekalipun(kecuali yang sedar usia dah nak habis) merasakan seperti tiada apa2 makna dalam sambutan TAHUN BARU ISLAM ini..Adakah jiwa Islam dalam hati muda-mudi tua-tui ini semakin dikikis atau semakin hilang?..ketika aku menulis artikel ini, aku berada di Mydin Mall Terengganu dan aku lihat, langsung tidak kelihatan banner atau slogan yang memaparkan kata-kata semangat spt "KEMBALIKAN KEDAULATAN ISLAM,KITA ULANGI SEJARAH AGUNG KITA"..tu contoh laa,tapi memang tiada langsung.

timbul persoalan dihatiku,..jika begini keadaannya, bilakah Islam akan menang kembali???

| edit post

permulaan baru

Posted by Mr Wan Tuesday, December 8, 2009 1 comments

Assalamulaikum..ini adalah blog baru penulis selepas blog lama di hazaf (delete)

semoga dengan kehadiran blog baru ini, memberi peluang kepada penulis untuk menyampaikan maklumat yang berguna kepada pembaca..

sekian terima kasih

| edit post

Kenali Penulis

My photo
Malaysia
Wan Mohd Hazwan Wan Ariff Dilahirkan tanggal 12 Mac 1988 di Dungun kini di Universiti Malaysia Pahang,UMP Ijazah Sarjana Muda Kej Mekanikal & Kej Automotif

As-Saff (ayat 2-3)

"wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"